Saya tidak suka petang. Terutama sekali waktu dari asar ke magrib. Keadaan ini berlarutan sehingga sekarang. Adik beradik saya selalu mengetawakan perangai saya ini.
Susah saya nak terangkan hanya disebabkan paksaan ketika diusia yang amat muda, saya terpaksa tinggal jauh dari keluarga untuk melanjutkan pengajian dalam usia yang amat muda. Pada umur saya belum lagi abis 12 tahun, saya terpaksa bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh. Bukannya disebabkan rumah saya jauh atau keputusan UPSR saya tinggi tapi memenuhi kewajipan sebagai seorang anak yang akan mengharumkan nama ibubapa. Yeah right....
Saya telah bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh selama tiga tahun. Pengalaman yang amat parah bagi saya. Selama 12 tahun saya tidak pernah membasuh baju sendiri. Tidak pernah dicatu makanan dan yang amat perit sekali pada masa itu bagi saya ialah.........jauh dari televisyen. Jangan hairan atau tuan/puan ketawa tetapi di zaman saya membesar, tidak ada handphone, tidak ada komputer, tidak ada internet hanyalah televisyen sebagai penghibur. Malah, setelah saya mula hidup di asrama, saya telah menjadi orang 'miskin'. Tidak ada radio, tidak ada walkman, tidak ada apa-apa kecuali diri sendiri.
Sengsara saya rasa sebab jika tinggal di rumah, semua sudah ada. Makanan, radio, televisyen, adik-beradik, kawan sepermainan dan mak dan bapa. Subhanallah, rindunya dengan arwah bapa....
Sebenarnya, setiap kali Jumaat tengahari, saya akan memohon untuk balik ke rumah. Berapa jauh rumah dengan sekolah saya? Tak sampai 15 minit dan tak sampai 3 km. Saya akan sanggup berbuat apa saja (secara halal dan sah) asal dapat balik . Dan perkara yang amat saya benci ialah. Bapa akan bersiap sedia akan menghantar saya balik ke asrama pada pukul 4.30 pm setiap ahad. Bangganya mak saya membekalkan makanan untuk saya bawa balik ke asrama. Padahal makanan itu akan dimakan dan diambil oleh kakak-kakak senior di bilik saya. Allahu Akhbar.
4.30pm - masa yang paling saya benci sampai ketika ini.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ego Orang Atasan
Apa itu Ego? Ego adalah struktur psikis yang berhubungan dengan konsep tentang diri, diatur oleh prinsip realiti dan ditandai...

-
Apa itu Ego? Ego adalah struktur psikis yang berhubungan dengan konsep tentang diri, diatur oleh prinsip realiti dan ditandai...
-
S abtu, beberapa minit lagi jam akan menandakan tengahari. Baru tenang sikit jiwa untuk membuat beberapa ayat di sini untuk diluahkan. S...
-
Sunyi lagi... Suami baru saja pergi kerja. Shift malam. Esok tengahari baru kami boleh lepak bersama. Sudah tugas masing-masing, nak cakap...
No comments:
Post a Comment