Sunyi lagi...
Suami baru saja pergi kerja. Shift malam. Esok tengahari baru kami boleh lepak bersama. Sudah tugas masing-masing, nak cakap apa lagi kan.
Kami berdua dilahirkan dan dibesarkan dari keluarga yang amat besar. Macam-macam karenah adik-beradik telah dihadapi dengan pelbagai perasaan.
Marah
Geram
Tak puas hati
Tapi, itu adalah asam garam hidup adik-beradik yang sama-sama tinggal dan membesar di rumah yang sama.
Keadaan yang amat saya suka ketika kecil ialah apabila elektrik tiba-tiba terputus. Di sanalah mama akan menceritakan kami dengan pelbagai jenis cerita yang pelik-pelik.
..." dahulu ada seorang anak tinggal dengan mak dia. Dia seorang yang amat taat dengan mak dia. Walaupuun semua benda dan aktiviti seperti bermain , mak dia akan memberi izin akan tetapi mak dia tidak membenarkan dia untuk melalui atau tunduk berjalan di bawah pohon asam. Waktu kecil, sebagai seorang budak yang taat dengan mak dia, dia taat dengan mak dia. Semakin hari semakin dia membesar menjadi seorang lelaki yang kacak. Sehinggakan semakin ramai anak-anak dara suka melihat dengan kekacakkannya.
Pada suatu hari, seorang pedagang datang ke kampung tersebut. Pedagang itu ditemani oleh pekerja dengan isteri dan anak perempuannya. Amat cantik sekali anak perempuan pedagang tersebut. Walaupun cantik, tetapi perangainya amat hodoh. Dia suka mempermainkan orang terutama sekali pemuda-pemuda yang baru mereka kenali.
Pada suatu hari, si lelaki tersebut datang ke pekan untuk membeli gula dan garam yang disuruh oleh mak dia. Di sana dia ternampak seorang perempuan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia terus memberanikan dirinya untuk bertanyakan nama perempuan itu. Perempuan itu hanya berkata. "Kalau kamu mau tahu nama saya, saya mau kamu ambilkan asam yang ada dibelakang rumah saya". Lelaki itu senyum lalu terus balik ke rumah kerana dia ingin memberikan garam dan gula kepada mak dia dan ingin memanjat pokok asam di belakang rumah perempuan tersebut.
Mak dia hairan kenapa dia tergesa-gesa hendak pergi semula ke pekan. Dia hanya berkata, dia mau mengambil asam di belakang rumah pedagang yang baru sampai di pekan mereka.
Menjerit mak dia dengan menjerit, "JANGAN!!!"
Hairan si anak tadi dan tidak jadi pergi ke pekan tanpa bertanya.
Keesokkan harinya si anak disuruuh ke pekan untuk membeli kain sebab mak dia ingin membuat baju baru untuk si anak. Si anak tanpa berkata apa-apa, terus pergi dan terus ke rumah perempuan yang dijumpainya kelmarin.
Perempuan itu hanya tersenyum sambil menunjukkan ke arah pokok asam di belakang rumahnya. Si lelaki tadi tanpa bercakap terus menuju ke pokok asam tadi.
.....tanpa diketahui oleh si lelaki tadi, mak dia perlahan-lahan mengikuti langkah anaknya tadi. Menjerit si emak tadi setelah nampak si anak melangkah di bawah pohon asam..... Si anak tiba-tiba jatuh dan mengelupur seperti orang kesakitan. Si emak tadi terus lari dan memeluk di anak tadi. Satu kampung terkejut dan melihat perlahan-lahan apa yang terjadi. Si anak yang begitu tampan perlahan-lahan berubah menjadi seekor babi.....
Si emak memeluk anak atau babi tersebut dan berkata.."Keturunan kita tidak boleh melalui pohon asam, nak. Kalau melanggar, kita akan bertukar menjadi babi...."
Si emak tadi perlahan-lahan mengendong babi tadi balik ke rumah mereka...
....Jadi setelah lama kami mendengar cerita mama, letrik akan mula buka semula..dan semua mengantuk...
tapi kami tahu, nilai-nilai murni dari cerita mama itu supaya kami dengar cakap dia....
seronok zaman itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ego Orang Atasan
Apa itu Ego? Ego adalah struktur psikis yang berhubungan dengan konsep tentang diri, diatur oleh prinsip realiti dan ditandai...

-
Apa itu Ego? Ego adalah struktur psikis yang berhubungan dengan konsep tentang diri, diatur oleh prinsip realiti dan ditandai...
-
S abtu, beberapa minit lagi jam akan menandakan tengahari. Baru tenang sikit jiwa untuk membuat beberapa ayat di sini untuk diluahkan. S...
-
Sunyi lagi... Suami baru saja pergi kerja. Shift malam. Esok tengahari baru kami boleh lepak bersama. Sudah tugas masing-masing, nak cakap...
No comments:
Post a Comment