Ego adalah struktur psikis yang berhubungan dengan konsep tentang diri, diatur oleh prinsip realiti dan ditandai oleh kemampuan untuk menoleransi frustasi. Ego diatur oleh prinsip realiti yang berkaitan dengan apa yang praktis dan mungkin, sebagai dorongan dari diri. Ego terikat dalam proses berpikir sekunder -mengingat, merencanakan, dan menimbang situasi yang memungkinkan kompromi antara fantasi dari id dan realitas dunia luar. Ego meletakkan dasar untuk perkembangan yang disadari tentang perasaan diri sebagai individu yang berbeza.
Ini saya dapat maksudnya dari wikipedia (Indonesia).
Oh tuhan. Mereka yang mempunyai ego atau berasa amat bangga dengan diri ini amat menakutkan sebenarnya. Manusia yang tidak pernah rasa keperitan orang bawahan akan berasa diri mereka amat berkuasa.

Di Sabah dan Labuan, saya mengendalikan sebuah syarikat hartanah yang membantu menaik taraf status tanah dan beberapa lagi aset beberapa orang pelanggan saya. Baru-baru ini saya mengendalikan proses pencarian tanah yang ditanam kelapa sawit dan syarikat yang menghasilkan minyak masak. Ramai syarikat di Sabah ini sudah lama ingin mencari pembeli tetapi banyak permasalahan dalam yang menyebabkan tidak pernah 'tembus' atau terjual.
Disebabkan pembukaan pasaran dunia terhadap minyak masak, sasaran pembeli sekarang ialah di Sabah. Jadi, sebuah syarikat dari semenanjung telah menghubungi saya untuk mencari syarikat minyak kelapa sawit di Sabah. Perbincangan kami berjalan berjalan seperti yang dirancang. Perjumpaan dengan beberapa orang broker menghasilkan maklumat-maklumat yang amat berguna untuk saya. 4 buah syarikat di Sabah ingin menjual syarikat mereka kepada mana-mana syarikat atau negara yang ingin membeli aset mereka. Pembeli amat berminat dengan apa yang ditawarkan oleh Syarikat Minyak Kelapa Sawit di Sabah ini kerana syarikat ini menjual secara menyeluruh dan sempurna. Mereka mempunyai beberapa ekar tanah yang ditanam dengan kelapa wait, kawasan pejabat untuk pengurusan , sistem pekerja yang sedia ada, kawasan perumahan, alat jentera dan kenderaan , malah kilang yang memproses minyak kelapa sawit.

Di sinlah bermulanya keegoan semua keluar. Pihak pembeli memang mempunyai sikap terus terang dan pihak empunya tanah berasa was-was. Keadaan ini sebenarnya sudah berlaku dari dahulu lagi. Tapi ini berlaku semasa saya mengendalikan proses ini.
Mr A (wakil syarikat dari semenanjung dan luar negara)
Mr B (Wakil / peguam ) pihak empunya tanah
Mr A meminta saya mendapatkan peguam yang menguruskan proses jual beli dari pihak empunya tanah. Carian bermula dari maklumat dari pihak broker. Berguna dan bermaklumat. Saya terus mendapat peguam yang mengendalikan tanah tersebut. Mr B. Mr A terus di bagi nombor untuk berhubung dengan Mr B. Mereka berhubung.
Tapi oleh disebabkan cara percakapan atau urusan meminta maklumat dan surat secara hitam putih tidak 'beradab' kedua-dua pihak bertekak dan berlawan cakap. Siapa yang menjadi mangsa? Saya.... Apa tindakan saya? Dengar sahaja. Masuk ke telinga kanan, keluar di telinga kiri. Balik ke rumah, terus lesu dan berehat. Nasib baik suami faham dan dia selalu outstation.
Dalam 4 syarikat yang saya perkenalkan dengan pembeli ini, 2 termasuk. Proses memastikan kepercayaan terhadap pihak empunya tanah amat perit telah saya hadapi. Ramai sebenarnya broker-broker yang diluar sana mempunyai otak penipu yang bergeliga tetapi tidak pernah berjaya. (ketawa).
kembali kepada pertelagahan antara pihak atasan empunya tanah dengan pihak pembeli ini memang tidak dapat saya terfikir noleh terjadi. Pihak empunya tanah sudah lama mencari pembeli tetapi ego. Pihak pembeli dengan keadaan mereka yang tidak pernah bersusah payah melalukan kerja sebagai pekerja am tidak pandai mengambil hati dan cara percakapan dengan orang lain.
Keegoan masing-masing ini boleh terlihat akan merugikan mereka sendiri. Nasib baik antara 4 yang mencari pembeli, dapat 2. Itu pun pihak peguam empunya tanah ini hanya melayan karenah pembeli. Sapa kata, " Memang susah nak senang", saya baru hadapinya. Tapi, halangan dan kerumitan ini menjadikan saya seorang pendengar, membuat keputusan dan mengajar saya untuk lebih professional dalam menjaga syarikat saya menjadi lebih professional dan kuat.
.......Esok meeting pembelian dan proses pembayaran....i am just waiting....
No comments:
Post a Comment