Senyum sekejap setelah semua kerja2 di rumah sudah selesai dan merindui suara-suara di rumah yang menjadi teman dikala sunyi. Setakat ni hanya suami yang menjadi teman bercerita, menyanyi, memasak dan mendengar masalah dan kerja di tempat masing-masing.
Suka saya untuk menaip di sini dan bukannya di Laman 'facebook' dimana bahan yang dihasilkan dibaca oleh semua kenalan kita. Kalau anda kenal saya, anda tahulah saya. Kalau tak tahu, lagi best. He he he...
Selepas solat suboh suami membawa saya untuk melihat kereta yang sebuah lagi tersadai di tempat parking kereta kerana semalaman di sana tidak dapat dihidupkan. macam-macam andaian yang suami saya fikirkan. Bateri lah, starter lah dan sekarang dia sudah bawa makenik ke tempat terletaknya kereta kami itu. Tak tahu ntah kenapa lagi. Bateri ok pun.
Setelah mengalami kesusahan yang mendatang ini, kadang-kala terfikir kata-kata yang dahulu langsung tidak dihiraukan. HIDUP SEPERTI RODA. Betul apa yang dipercakapkan. Sekejap kita senang, tak payah nak fikir apa-apa. Tiba-tiba cubaan yang sekejap dan ringan begini, kita sudah mengeluh padahal ramai lagi yang mempunyai permasalahan hidup yang lagi teruk. Subhanallah.
Senyum sekejap setelah semua kerja2 di rumah sudah selesai dan merindui suara-suara di rumah yang menjadi teman dikala sunyi. Setakat ni hanya suami yang menjadi teman bercerita, menyanyi, memasak dan mendengar masalah dan kerja di tempat masing-masing.Suka saya untuk menaip di sini dan bukannya di Laman 'facebook' dimana bahan yang dihasilkan dibaca oleh semua kenalan kita. Kalau anda kenal saya, anda tahulah saya. Kalau tak tahu, lagi best. He he he...Selepas solat suboh suami membawa saya untuk melihat kereta yang sebuah lagi tersadai di tempat parking kereta kerana semalaman di sana tidak dapat dihidupkan. macam-macam andaian yang suami saya fikirkan. Bateri lah, starter lah dan sekarang dia sudah bawa makenik ke tempat terletaknya kereta kami itu. Tak tahu ntah kenapa lagi. Bateri ok pun.Setelah mengalami kesusahan yang mendatang ini, kadang-kala terfikir kata-kata yang dahulu langsung tidak dihiraukan. HIDUP SEPERTI RODA. Betul apa yang dipercakapkan. Sekejap kita senang, tak payah nak fikir apa-apa. Tiba-tiba cubaan yang sekejap dan ringan begini, kita sudah mengeluh padahal ramai lagi yang mempunyai permasalahan hidup yang lagi teruk. Subhanallah.
Kata-kata suami yang termasuk di kepala dan dijiwa saya, Allah Taa'la menguji dan membahagi-bahagikan rezeki hamba-hambanya perlahan-lahan. Perkara yang amat penting ialah , kita jangan mengeluh dan mengalah. Tak pernah saya mendengar kata-kata orang kecuali kali ini. Ini disebabkan dialah (suami) tidak pernah putus asa memberi semangat walaupun dia kadang-kala hilang semangat yang hilang juga. Love you abang.
Dulu, asyik duit yang dikejar. Asyik memikir macam mana hendak membayar semua hutang yang perlu dibayar padahal hutang-hutang itu adalah hutang orang lain. (Lain tahun saya cerita pasal hutang orang ini). Setelah orang yang baru muncul dalam hidup saya ini seorang yang amat matang, penyayang terhadap ibunya, saya amat menghormati dia. Kitaran hidup diceritakan dengan saya seperti gambar di atas. Terdiam saya sekali sekala sewaktu sibuk dengan kerja di pejabat,melayan customer yang tidak pernah selesai dan kerja-kerja untuk memuaskan kerenah orang-orang atasan yang tidak pernah selesai.
Ntahlah, sekarang bagi saya, yang penting kesihatan yang amat penting dan hubungan antara manusia yang terdiri , suami dengan isteri, anak dengan ibubapa, adik beradik dan kawan-kawan serta rakan.To be continue...
x
No comments:
Post a Comment